Friday, November 25, 2011

Doa Awal Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.


Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya atau pun pada malam 1 Muharam.

Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.


Berikut adalah Doa Awal Tahun:

 

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang

Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini…


Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


by; shafiqolbu.

.

No comments:

Post a Comment

Mungkin Anda Meminati Berikut

Artikel berkaitan