Friday, November 25, 2011

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد



Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.



Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:


1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)



2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)



3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

Doa Akhir Tahun   (Klik Di Sini)



4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Doa Awal Tahun   (Klik Di Sini)



b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.


6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali. Sesiapa yang mengamalkannya, Insya-Allah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.


7.  Doa Awal Muharam

Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:


 a.  Doa Pertama:
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”

Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”

Atau;

b.  Doa Kedua:
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; "Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu."


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.


Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


by: shafiqolbu

.

No comments:

Post a Comment

Mungkin Anda Meminati Berikut

Artikel berkaitan