Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum…



Salam perkenalan…
Ana berharap moga blog ini dapat menyumbang secebis ilmu untuk manfaat bersama..
Berikut adalah sedikit info berkenaan ucapan salam…


Memberi Salam
Ketika memberi salam kepada sesama saudara muslim amalkan dan gunakanlah kalimah  ‘ASSALAMUALAIKUM’, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH’ atau ‘ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’,



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (Surah Az-Zukhruf :89)

Firman Allah SWT: “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“. (Surah ar-Ra’d : 24).

Lafaz  سَلاَمٌ عَلَيْكُم / “salamun alaikum” dalam ayat al-Quran tersebut tiada alif lam (ال) – (as-salam). Maka diharuskan mengambil “as salam” sebagai lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam” bagi “assalamualaikum” atau “salam” bagi singkatan “salamun alaikum”.. kedua-duanya adalah harus digunakan. Manakala menurut pendapat Imam Nawawi pula, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi Muhammad SAW.
Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Menjawab Salam
Semasa menjawab salam, bolehlah jawab salam dengan ucapan; “WAALAI KUMUS SALAM” atau “WAALAI KUM SALAM”. Dalam ‘waalaikum salam’, baris dhomah tidak disambung dengan kalimah salam. Seperti juga sebutan ayat al-kursi dengan ayatul kursi. sama saja maknanya.

Berkirim Salam
Apabila ingin berkirim salam pada seseorang, sering kedengaran: “Kirim salam kat emak ye!”; Terbaik dan sepatutnya, “Kirim salam, assalamualaikum pada emak ye!” atau “Kirimkan assalamualaikum saya pada emak ye!”

Elak Dan Amalkan
Janganlah menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam bermms, sms, email atau apa jua bentuk penulisan. Jika perkataan ‘Assalamualaikum’ itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan ‘As Salam’ yang membawa maksud sama dan singkatan kepada kalimah “Assalamualaikum”.

Apakah maksud perkataan Akum’, ‘Semekom’ dan Bye?
Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud ‘Binatang‘ dalam Bahasa Ibrani (Yahudi). Ia singkatan daripada perkataan ‘AVDE KOKHAVIM U MAZZALOT’ yang bermaksud ‘Hamba-Hamba Binatang Dan Orang-Orang Sesat‘

Juga hindari dari menggunakan perkataan “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”.

Jangan sesekali gunakan perkataan “Bye” tatkala berpisah kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”


Kesimpulan
Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.” Penggunaan “as-salam” atau “salam” masih lagi menepati singkatan yang mewakili “Assalamualaikum”; Tetapi yang baik adalah “Assalamualaikum”, yang lebih baik “Assalamualaikum warahmatullah” dan  yang paling baik adalah “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”.

Sekadar peringatan untuk dikongsi bersama semua rakan-rakan muslim yang lain. Semoga ada manfaatnya.



No comments:

Post a Comment

Mungkin Anda Meminati Berikut

Artikel berkaitan